SELAMAT DATANG ! thnx cz sudi ziarah ke BLOG CIK WAWA ! kalu korg rase nk suruh CIKWAWA follow korg alek , juz tinggal an TAPAKKAKIBUSUK korg kt SHOUTBOX cikwawa ! DON'T WORRY ! CIKWAWA kt cini mengamalkan PLEZ FOLLOW ME BACK ! so , tayah risau2 ye ... CIKWAWA akn follow korang balek ! TAPI ! korg kene follow CIKWAWA gk ! TIADAPAKSAAN ! PEACE ! ENJOY ! BEST VIEW :GOOGLE CROME

Sabtu, 17 September 2011

LELAKI SEKARANG DAH BERMULUT LONGKANG


LELAKI SUKA BERGOSIP MITOS ATAU FAKTA
Mulut longkang merupakan istilah yang sering digunakan apabila untuk melabelkan kepada seseorang yang suka menyampaikan sesuatu yang belum diketahui tentang keburukan orang lain.Dahulunya majoriti bermulut longkang ini sering dikaitkan dengan perempuan

Ini adalah merupakan persepsi umum bahawa apabila perempuan berkumpul beramai-ramai,sudah tentu ada saja bahan bualan yang panas,terutamanya dalam mengulas peribadi atau perbuatan seseorang.Kekadang itu apabila Nakal melihat mereka bergosip,Nakal lebih tertumpu melihat pada wajah mereka“Tudiaa aihh,kalau boleh mengumpat orang siap buat mimik muka lagi,pastu dok gelak sambil tutup mulut”Inilah body language yang sering berlaku.hehee
Tetapi pada dimensi sekarang ini,Lelaki juga patut dilabelkan sebagai mulut longkang,kerana mereka sudah pandai bergosip,menceritakan keburukan orang,malahan setiap patah ayat dari aktiviti pengumpatan mereka itu lebih pedih dan berbisa daripada perempuan,dan adakalanya boleh menyebabkan kepada pegaduhan.

7 gosip popular cara lelaki
1. Duduk di kedai mamak sambil melayan bola sambil bergosip. Selalu golongan muda banyak bergosip mengenai pemain bola kesayangan mereka dan orang sekeliling ketika itu.
2. Bagi golongan pekerja, mereka selalunya banyak bergosip mengenai keadaan pejabat dan ketua mereka. Pasti akan ada saja perkara yang ingin diperkatakan.
3. Bagi pasangan kekasih, percaya atau tidak mengikut kajian pakar psikologi, hampir separuh lelaki akan bergosip mengenai banyak perkara kepada teman wanita mereka. Tidak kurang juga yang mendengar teman wanita bergosip kepada mereka.
4. Lelaki ini jika bergosip selalunya akan membawa kepada pertengkaran. Ini kerana mereka begitu agresif dalam bergosip sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.
5. Lelaki bermulut jahat sering dikaitkan dengan lelaki lembut. Namun, tidak semua lelaki seumpama itu bermulut jahat atau mempunyai perilaku negatif seperti suka mengumpat atau memburukkan orang lain.
6. Golongan atasan juga ramai yang boleh dikategorikan sebagai kuat bergosip. Selalunya, mereka bercerita mengenai pesaing mereka dan pekerja mereka.
7. Bagi lelaki pertengahan usia, gosip mereka merangkumi pelbagai pekara tidak mengira politik, isu penempatan dan hal-ehwal anak-anak mereka.


konklusinye:)laki un same je cm pom1 ... kt sek aq un ... ngk ar ... kalu dyowg ctew ... siap tgn2 kaki2 skali naek ...over tauh .... so laki2 kt luo sane jgn ckp pom1 je kuat gosip ... laki uan 2x5 je ....

sumber---->SINI<----

♥ CELOTEH CIKWAWA ♥

0 CAKAP BANYAK (!):

Catat Ulasan

© copyright 2011 protected ☂| BLOGCIKWAWA™ ❤